Kelebihan Belajar Secara Kumpulan

belajar secara berkumpulan

Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Terdapat juga yang mengatakan bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Ini merupakan tanggapan yang salah!

Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan.

Belajar secara berkumpulan ni ada kebaikan dan keburukannya. Jadi, kita mestilah pandai mengawal keadaan dan kita juga boleh mencorakkan bagaimana cara nak belajar secara berkumpulan.

Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah makin jauh.

Pertama, mesti pilih kawan yang betul-betul nak belajar. Bukan apa, kalau kita pilih kawan yang suka berborak benda yang tidak berfaedah tentu akan memberi kesan kepada kita dan juga kepada ahli kumpulan yang lain.

Kedua, kena pilih tempat yang tenang seperti perpustakaan agar situasi tersebut dapat membantu kita mendapat ketenangan semasa belajar. Jangan sesekali memilih tempat yang bising kerana akan memberi tekanan serta apa yang kita belajar tak masuk dan tak kekal lama.

Antara kebaikan belajar secara berkumpulan ialah:

  • Idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama.
  • Mudah menerima pelajaran, meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak, dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat.
  • Boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam
  • Boleh mengurangkan perbelanjaan. Ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama.
  • Dapat menilai tahap pencapaian diri.
  • Mewujudkan persaingan yang sihat.
  • Meningkatkan motivasi untuk belajar dan berusaha untuk menjadi lebih
Change your learning style today!
Subscribe Now

Facebook

YouTube

Instagram

Follow Me on Instagram