5 permainan mudah untuk tingkat kebolehan dalam ujian

permainan tradisional

Adakah kita tahu bahawa permainan tradisional yang tak lapuk dek zaman ini boleh membantu kita dalam peperiksaan, walaupun kita sibuk mengulangkaji di saat akhir?

Batu Seremban

Batu Seremban adalah metafora (fuh! KOMSAS!) bahawa pembelajaran adalah proses untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri yang kita ulang setiap kali, macam level-up kalau main permainan video!
Bermain batu seremban juga membantu kita menajamkan fokus serta melonggarkan otot pergelangan tangan setelah menulis begitu banyak dalam sehari. Ini cara jitu untuk menghindari sindrom carpal tunnel pada hari peperiksaan!

Kejar-kejar

Paling seronok kalau dilakukan setelah 30-50 minit belajar dengan kawan-kawan.
Main kejar-kejar nampak mudah tetapi cukup 10 minit untuk memacu adrenalin dalam tubuh yang akan membantu mengepam otak kita dengan darah dan membuat kita segar dan siap untuk belajar lagi.

Congkak

Satu lagi permainan yang hebat untuk melatih fokus dan membantu kita untuk mencongak lebih pantas. Dah boleh buang kalkulator untuk ujian matematik!
Bunyi guli yang jatuh di atas kayu juga sangat menenangkan dan dapat diulang dengan mengetuk pen di atas meja ujian supaya kita dapat ingat kembali masa yang menyeronokkan.

Teng-teng

Kalau tak cukup tenaga untuk main kejar-kejar, kita boleh main teng-teng. Cubaan untuk mengimbangkan badan pada satu kaki sambil melompat juga boleh melatih daya fokus.

Perang Pemadam

Permainan ini boleh dimainkan bahkan kalau sedang belajar seorang diri, dan semasa peperiksaan! Kadang-kadang kita hanya perlu alihkan perhatian dan leka sebentar selama 5 saat sebelum inspirasi datang dan jawapan tiba-tiba muncul di atas kertas!

Change your learning style today!
Subscribe Now

Facebook

YouTube

Instagram

Follow Me on Instagram